Rabu, 01 Januari 2014

Hina Hukum Hudud NGO Buat Laporan Polis

0 komentar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud.

Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan.

Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

“Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud. – BERNAMA
Read more ►

Lelaki ini dikatakan pegawai ‘BTN’ berucap kepada pelajar tingkatan enam agar menyokong BN

0 komentar
January 22, 2013
Gambar yang diambil dari video menunjukkan “pegawai BTN” berpakaian baju F1.
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sebuah klip video muncul di YouTube yang menunjukkan seorang lelaki dikatakan pegawai Biro Tata Negara (BTN) berucap kepada pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Pandan Indah agar mendapatkan sokongan keluarga mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan menendang keluar Pakatan Rakyat (PR) dari kerajaan negeri Selangor. 
 
Klip video empat minit setengah bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” dimuatnaik di laman perkongsian video itu pada 9 Disember lalu diterbitkan semalam oleh penulis blog Anak Sungai Derhaka dan portal berita Harakahdaily.

Kedua-dua memperkenalkan lelaki tersebut yang dianggap dari BTN, sebuah agensi kerajaan. Tiada pengesahan bebas tentang identiti lelaki itu walaupun peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan ahli politik tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di sekolah.
Dalam video itu, pegawai tersebut merujuk penonton sebagai pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah dan kemudian merujuk mereka sebagai pelajar Tingkatan Enam.

Bercakap dalam Bahasa Malaysia, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana menjemputnya memberi ucapan bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” yang disusuli dengan tepukan dan ketawa terbahak-bahak, termasuk komen bersifat menghina “dia dijemput dia kata”.
Lelaki yang dianggap dari BTN. — Gambar diambil dari video
Lelaki, berpakaian baju F1 yang terkenal dikalangan pekerja agensi kerajaan, memberitahu pelajar Selangor dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000.
 
“Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008. Saya berharap adik-adik semua beritahu kepada ibubapa bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor,” katanya disambut dengan tepukan oleh hadirin.
Beliau juga menyuruh pelajar memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu.
“Jadi adik-adik yang tingkatan enam ni, sama-samalah kita bersama dengan kerajaan Barisan Nasional, yakinkanlah bapak ibubapa adik-adik bersama Barisan Nasional untuk kita terus menghentam Pakatan Rakyat,” kata pegawai tersebut disambut dengan teriakkan “takbir”. 

Klip video terbaru muncul seminggu selepas klip sebelum ini yang menunjukkan dewan penuh dengan mahasiswa menghadiri forum anjuran organisasi badan bukan kerajaan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), dilihat selari dengan BN.

Dalam klip tersebut, Presiden SW1M Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mencaci pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani kerana mempersoalkan pembentangan mengenai elemen anti kerajaan.
SW1M dikritik hebat berkenaan dengan video klip tersebut sementara Sharifah Zohra menyalahkan pembangkang kerana menjadikan acara tersebut sebagai isu.
Malaysia sekarang sudah membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun keatas untuk mengambil bahagian dalam politik selepas halangan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ditarik balik.

Umur mengundi di Malaysia adalah 21 tahun keatas. Lebih kurang 25 peratus atau 3.3 juta daripada 13 juta pengundi berdaftar akan membung undi mereka buat pertama kali pada Pilihan Raya 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk minggu lalu beliau akan membubarkan parlimen tidak lama lagi dan mengadakan pilihan raya sebelum mandat BN berakhir pada 28 April.
BN sekarang mengawal 136 daripada 222 kerusi parlimen dan sembilan daripada 13 negeri di Malaysia selepas PR mencipta sejarah pada Pilihan Raya 2008.TMI
Read more ►

Kesan E Rokok Masih Dalam Kajian KKM

0 komentar
VAPOR BAR

Seremban – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau e-rokok dan shisha terbukti memberi kesan buruk ke atas pengguna atau sebaliknya sebelum langkah pengharaman atau kawalan dilakukan.
Menterinya Datuk Seri S Subramaniam berkata, pihaknya sehingga kini masih dalam perbincangan mengenai pengharaman itu, bagaimanapun ia bergantung terhadap kajian dilakukan Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) diketuai Pengarahnya Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai penggunaan e-rokok yang mungkin diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) berikutan kesan penggunaan itu dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok biasa dan shisha.
Subramaniam berkata, selepas selesai kajian dan bukti menyeluruh dikumpul, pihaknya bersama JFK membuat keputusan sama ada mengharamkan atau mengawal penjualan produk itu. - Harian Metro
Read more ►

Empat Hari Ditahan Pelajar Dapat Gantirugi 4 Juta Dollar AS

0 komentar
31 Julai 2013 
Daniel Chong, pelajar asal San Diego, AS ini ditangkap pihahak berkuasa pemberantas dadah dan ditahan selama empat hari namun diterlantarkan di dalam sel tahanan. | K.C. Alfred/AP
SAN DIEGO, KOMPAS.com — Seorang pelajar di San Diego, AS, menerima kompensasi 4 juta dollar AS  dari Pemerintah AS setelah ditelantarkan selama empat hari di dalam sel tahanan.

Pelajar bernama Daniel Chong itu mengaku terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk dapat bertahan hidup dan mengalami halusinasi. Dia juga kehilangan berat badan hingga 7 kg. 

Sebelumnya, Ching ditahan dalam operasi pemberantasan dadah pada 2012 lalu, tetapi sempat diberitahu dia tidak akan dituntut.
Dia kemudian ditempatkan di dalam sebuah sel, lalu dibiarkan begitu saja selama empat hari dan tidak ada petugas yang mendatanginya.
Setelah Chong berhasil diselamatkan, dia harus menghabiskan lima hari di rumah sakit dan menjalani pemulihan dari dehidrasi, gangguan ginjal, kram, dan gangguan saluran pencernaan.
Kementerian Kehakiman mengatakan, mereka sedang menyiasat kejadian ini.

Tidak disengajaChong mengaku sempat berfikir bahawa dia dilupakan kerana kesalahan.
"Ini terdengar seperti sebuah kecelakaan, sangat-sangat buruk dan merupakan sebuah kejadian yang mengerikan." 

Menurut keterangannya, sel penjara yang ditempati tidak memiliki jendela dan dia tidak mendapatkan makanan dan minuman selama terkurung di sana.
Peguam Chong mengatakan, akibat insiden menyedihkan ini, badan penegakan undang-undang dalam kes ubat bius, DEA, belakangan mengenalkan kebijakan baru dalam proses penahanan tersangka.

Salah satu aturan baru itu adalah penahanan harus disertai dengan pemeriksaan petugas ke sel tahanan setiap hari. Selain itu, DEA juga memasang kamera pengawas di dalam sel.
Sumber : BBC Indonesia
Editor : Ervan Hardoko
Read more ►

PANAS! Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah!

0 komentar
Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.
nurulizzahbangsar3 Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.
“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.
Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.
“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.
Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI

 
Read more ►

Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami

1 komentar
Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami

Anda tentu mengetahui bahwa kemasan yang digunakan untuk membungkus atau menempatkan telur terbuat dari karton dan kadang juga dari plastik.

Namun desainer Polandia bernama Maja Szczypek menciptakan sebuah kemasan telur yang ramah lingkungan.

Kemasan tersebut dibuat dengan teknik tekanan panas untuk membentuk jerami, serta label berwarna cerah untuk membedakan jumlah telur yang terdapat pada setiap kemasan.

Desain kemasan telur ini merupakan hasil finalis untuk kompetisi Make Me!, yang membuka jalan untuk kemasan ramah lingkungan.

Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami
Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami
Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami
Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami
Inilah Kemasan Telur Ramah Lingkungan Yang Terbuat Dari Jerami

Menurut Anda apakah kemasan ini lebih baik?
Read more ►

7 Makanan Terpedas Di Dunia

0 komentar

Peringkat 7: Lobak dengan Lada Sichuan - China

China pun tidak mau ketinggalan memberikan sumbangan makanan terpedas dalam nominasi kali ini. Masakan itu berupa lobak yang disajikan dengan lada shicuan. Makanan ini menggunakan birds eye chilis yang kekuatan pedasnya mampu membakar lidah. Tidak hanya itu, yang membuat makanan ini jadi lebih pedas adalah karena ditambahkan dengan lada sichuan dan potongan cabai.

 

Peringkat 6: Kimchi - Korea

Makanan yang satu ini memang sudah terkenal rasa pedasnya. Kimchi adalah acar kubis yang dibuat dengan cara merendam potongan kubis dalam jahe, cabe, bawang putih dan bawang merah selama 1 bulan. Pedasnya tidak hanya di bagian luar, tapi juga hingga gigitan yang terakhir. Bisa dibilang, pedasnya menyengat dan membakar lidah.

 

Peringkat 5: Suicide Chicken - Amerika

Amerika tidak hanya menominasikan Shrimp Creole dalam kategori ini, tapi juga Suicide chicken. Namanya saja unik, barangkali orang yang mengkonsumsi juga serasa bunuh diri karena rasa pedas menyengat dari perpaduan saus tabasco, potongan cabe kering dan cabe segar cincang pada bumbunya sebelum digoreng kering. Pedasnya saja sudah pasti terasa dari aromanya, apalagi rasanya?

 

Peringkat 4: Jerk Chicken - Karibia

Makanan yang satu ini juga termasuk salah satu yang terpedas. Mengapa? Bumbunya yang terbuat dari cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme, bawang putih dan cabe scotch bonnet memberikan rasa panas di bibir dan perut penikmatnya.

 

Peringkat 3: Wot - Ethiopia

Siapa bilang negara di Afrika tidak memiliki masakan pedas? Ethiopia buktinya, makanan khas negara ini masuk dalam peringkat ketiga hidangan terpedas di dunia. Menurut orang Ethiopia, hidangan ini akan sangat nikmat bila dimasak dengan mencampurkan 1 kilo bawang merah dan bawang putih, jahe dan juga barbere (cabe kering) yang jumlahnya mengerikan. Mau mencobanya?

 

Peringkat 2: Vindaloo - India

Negara yang satu ini juga terkenal dengan makanan - makanan yang penuh dengan rempah. Tidak salah jika salah satu hidangan khasnya masuk dalam peringkat ke2 masakan terpedas di dunia. Masakan ini menggunakan rempah berupa adas, biji mostar, cabe kering, ketumbar, dan jahe. Sebelum dimasak, ayam yang digunakan direndam dulu dengan bahan - bahan tersebut. Pedasnya pasti menusuk hingga ke tulang!

 

Peringkat 1: Sambal Uleg - Indonesia

Kita perlu bangga, karena makanan khas Indonesia ini mendapatkan juara masakan terpedas di dunia. Gimana nggak pedas? Sambal ini kan bahannya dari cabai rawit dan cabai merah yang banyak. Bahkan, cabe rawit kita terkenal lebih pedas 10 kali lipat dari Thai birds eyes chilis lho! Orang bule yang pernah mencicipi sambal kita mengatakan hidangan ini adalah hidangan terpedas yang pernah ada di dunia. Wow! kita perlu bangga atas prestasi ini. ^^
 
 
 
sumber
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger