Minggu, 13 April 2014

VIDEO SMACK DOWN JUPE VS DEPE

0 komentar
Video Smack Down Jupe Vs Depe, Nah ini dia video smack down Jupe vs Depe yang akhir akhir ini cukup meroket di internet, walaupun masih kalah dengan pamor video andai aku jadi gayus tambunan karya Mantan Napi Gorontalo Bona Paputungan. Mungkin sudah banyak blog ataupun situs yang menampilkan video smack down jupe vs depe, akan tetapi tidak ada salahnya nonton video smack down Jupe vs Depe di sini sambil menikmati download software gratis ala goceng blog.

JUPE VS DEPE

Seperti yang kita ketahui bahwa perseteruan dua artis bertubuh seksi, Julia Perez dan Dewi Perssik telah menjadi buah bibir di masyarakat. Akibat aksi saling jotos dan banting pada saat proses pembuatan film horor berjudul Hantu Goyang Karawang, kedua artis seksi tersebut kini harus berurusan dengan hukum.

Hmm.. kalau sudah berita gosip sepertinya makin asyik aja, bagaimana kalau kita lihat video smack down Jupe vs Depe berikut ini :





Bagaimana, lihat video smack down Jupe vs Depe ? Kira kira siapa yang bakalan menang dalam perseteruan tersebut....
Read more ►

Rabu, 01 Januari 2014

Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al Quran

0 komentar

Kelebihan ayat Al-Quran dalam menghindar dan merawat pelbagai jenis penyakit sememangnya tidak boleh dipertikaian.

Kitab suci ini merupakan mukjizat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat manusia.

Video yang bakal anda tonton ini merupakan salah satu kaedah rawatan penyakit menggunakan ayat suci Al-Quran oleh seorang yang kami yakin cukup berpengetahuan dalam mengubati pesakit.

Tidak diketahui tarikh atau tempat yang rawatan ini dilakukan, namun anda boleh jadikan ia sebagai iktibar jika ada yang gemar mempersoalkan kebesaran-Nya.

Dalam video ini, seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Samada dia bisu akibat kemalangan atau dari lahir, itu bukan persoalannya.

Memang mengharukan apabila orang yang berada di sekelilingnya turut menangis kesyukuran melihat keajaiban itu. Allahuakbar…


Read more ►

PANAS! Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah!

0 komentar
Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.
nurulizzahbangsar3 Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.
“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.
Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.
“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.
Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI

 
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

Video Sharifah Sakinah Menari Macam Orang Gila

0 komentar
Video Sharifah Sakinah Menari Macam Orang Gila

Pelakon yang kini semakin popular dek video-video kontroversi di laman sosial Keek, Sharifah Sakinah kini tampil dengan video ringkas terbarunya.
Kali ini, dia menari di atas meja sambil menggayakan rambut palsu panjang yang mengerbang sambil menyanyi dengan menggunakan aplikasi suara ala kartun Chipmunks.
Kebanyakan peminat yang menonton videonya itu mengatakan mereka terhibur dengan video gadis berusia 24 tahun itu.
Malah mereka juga dilihat semakin terbuka dan boleh menerima sikap gila-gila Sakinah.
Ini merupakan sebahagian komen daripada penonton yang telah menonton video tersebut:
Namun tak kurang juga yang mencemuhnya seakan-akan tidak menghormati ayat Al-Quran yang digantung di dinding ruang tamu tersebut.
Mungkinkah Sakinah boleh menjadi pelapis kepada pelawak wanita tempatan seperti Louisa Chong, Rosnah Mat Aris ataupun Angelina Tan?
KINA
KINA1
Apa kata anda?
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger