Rabu, 01 Januari 2014

PANAS! Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah!

0 komentar
Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.
nurulizzahbangsar3 Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.
“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.
Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.
“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.
Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI

 
Read more ►

MAMAT di berkas POLIS kerana Mencuri motorsikal dan POSITIF dadah

0 komentar

Hobi baru Mamat agaknya, tahun lepas beliau pernah ditahan kerana mencuri telefon bimbit & jam tangan seorang rakyat Singapura.

Selepas setahun kisah itu berlalu, semalam Mamat telah ditahan oleh polis kerana memiliki motosikal curi jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 Nov lalu di Tampoi, Johor Bahru.

Tangkapan dibuat di kawasan Flat Taman Pulai Utama selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai. Paling epik, ketika Mamat ditahan, beliau turut positif dadah jenis Methamphetamine.

Hasil siasatan, Mamat mengaku mencuri motosikal itu.

source
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

FBI Tepis Tinggalkan Hot FM Kerana Krisis Dalaman

0 komentar

PETALING JAYA – Penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.

Faizal atau nama sebenar Mohd Faizal Ismail, 37, berkata, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.

“Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.

“Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan yang mendakwa peletakan jawatannya berikutan krisis dalaman dengan pihak pengurusan stesen tersebut.

Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.

“Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis.

“Selain itu juga, buat masa ini saya dalam proses membuka kedai motosikal perbagai jenis yang mana saya melihat potensi terhadap bidang itu sangat bagus,” katanya.

Sementara itu, Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada Jumaat (hari ini).

Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan.

“Saya takut kalau saya merindui kerja ini, jadi saya terima tawaran Hot FM yang memberikan saya untuk mengendalikan segmen pada hujung minggu sahaja,” katanya.

Ditanya apa yang benar-benar membuatkannya mahu keluar daripada bidang tersebut, Faizal berkata, dia tidak mahu berada di tahap yang sama dalam tempoh yang panjang.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya.

“Ini semua bukan kerana duit dan pendapatan tetapi kepuasan terhadap pencapaian diri saya sendiri,” katanya. – mStar Online
Read more ►

Senin, 23 Desember 2013

Seorang Ibu Gamkan Tangan Puterinya ke Dinding Kerana Kesal Terhadap Puteranya

0 komentar
 

Dallas – Kesal ketika melatih puteranya buang air, seorang perempuan di Amerika Syarikat  menggunakan superglue untuk melekatkan tangan kanak-kanak itu ke dinding.

Hal ini menyebabkan Jocelyn Cedillo yang saat insiden terjadi tahun lalu masih berusia satu tahun, dirawat di rumah sakit.

Sebelum tangannya direkatkan dengan gam adhesif, kanak-kanak malang itu juga sempat ia pukul  dan tendang, kerana Elizabeth Escona (23) emosi saat menghadapinya.

“Saya takkan memaafkan diri sendiri, atas apa yang saya lakukan terhadap puteri saya,” ujar Elizabeth, yang terancam hukuman penjara maksima  seumur hidup.

Elizabeth yang menyatakan bersalah, berkata dia bukan lagi monster yang pernah memukuli darah dagingnya sendiri. Jaksa menuntutnya dihukum 45 tahun penjara.
sumber 
osseram
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

Tangan tersangkut dalam Lubang Jamban kerana Cincin perkahwinan jatuh

0 komentar



Zhang (Foto: Rex)

FUJIAN – Nasib sial dialami seorang lelaki di Bandar Quanzhou, China. Tangannya tersangkut di toilet kita cuba mengambil cincin kawinnya yang terjatuh.
Seperti dilansir Metro, Sabtu (19/10/2013), lelaki yang diketahui bernama Zhang ini terpaksa memanggil memadam kebakaran untuk mendapatkan bantuan. Petugas pun berjaya melepaskan tangan Zhang dari tandas.
Kejadian hilangnya cincin kawin Zhang bermula ketika dirinya melepaskan cincinnya untuk mandi. Namun, belum lama berselang cincin tersebut hilang dan dia berusaha mencarinya.
Zhang sempat dibantu temannya saat tangannya tersepit. Usaha mereka tidak berhasil sehingga mereka pun memanggil petugas pemadam kebakaran.
Walaupun berjaya menyelamatkan tangannya, Zhang tetap kehilangan cincin kawinnya. Dia pun bimbang akan dimarahi oleh isterinya.

Sumber okezone.com
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger