KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud.
Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan.
Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia.
“Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud. – BERNAMA
Hobi baru Mamat agaknya, tahun lepas beliau pernah ditahan kerana mencuri telefon bimbit & jam tangan seorang rakyat Singapura.
Selepas setahun kisah itu berlalu, semalam Mamat telah ditahan oleh polis kerana memiliki motosikal curi jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 Nov lalu di Tampoi, Johor Bahru.
Tangkapan dibuat di kawasan Flat Taman Pulai Utama selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai. Paling epik, ketika Mamat ditahan, beliau turut positif dadah jenis Methamphetamine.
Hasil siasatan, Mamat mengaku mencuri motosikal itu.
Polis Akan Buka Semula Kes Gadis Kahwin Muda | Pihak polis dilaporkan akan membuka semula kertas siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan merupakan salah seorang perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut beliau lagi, gadia remaja itu telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.
Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.
“Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.
“Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis,” kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini.
“Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong,” katanya.
Laporan media mengatakan perkahwinan remaja 19 tahun itu kepada Mohd Fahmi berlangsung pada 17 November 2013, setelah Mahkamah Syariah Kulim memberi kebenaran kerana beliau masih lagi di bawah umur.
Pada mulanya bapanya bersetuju akan perkahwinan itu untuk menutup aib. Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dan dakwaan bahawa Mohd Fahmi dan dua rakannya telah merogolnya empat bulan sebelum berkahwin.
Suspek kedua Mohd Fahmi, telah dibebaskan atas dakwaan pendakwa raya pada masa itu berikut beberapa alasan, menurut Abdul Gani.
Abdul Gani berkata, polis telah menyerahkan fail siasatan di mana hanya terdapat empat penyataan daripada Nor Fazira Saad, ibu saudara kepada mangsa dan doktor yang memeriksa mangsa.
“Saya telah bertemu dengan polis pagi ini dan telah memberikan arahan baru untuk siasatan dan telah memberitahu apa yang saya perlukan. Ini termasuk penyataan lain,” kata Abdul Gani.
“Saya masih belum memberi sebarang kenyataan sebelum ini walaupun dengan publisiti yang diberikan media sosial dan media arus perdana kerana saya mahu menyelidiki fail itu terlebih dahulu dan mahu memahami fakta.”
Apa yang dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar bukanlah apa yang pendakwa raya akan bawa pada mahkamah, menurut Abdul Gani, itu adalah isi kandungan fail siasatan.
“Saya telah memberikan polis tempoh masa seminggu untuk mendapatkan maklumat tambahan yang saya cari. Kemudian saya akan selidiki pencarian siasatan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Abdul Gani juga mendedahkan bahawa dia telah menambah arahan kepada polis bahawa sebarang tarikh dakwaan rogol harus dirujuk kepada ibu pejabat.
Media melaporkan minggu lepas bapa remaja perempuan itu telah membolehkan anaknya untuk mengahwini Mohd Fahmi oleh kerana bapa remaja lelaki tersebut telah memohon agar dakwaan rogol itu ditarik.
Setelah melawat bapanya lima malam berturu-turut, ibubapa Mohd Fahmi berjaya meyakinkan bapanya untuk menarik balik laporan polis itu dan bersetuju akan perkahwinan anaknya itu.
Tetapi sesudah berkahwin, situasi menjadi lebih teruk lagi apabila perempuan itu menerima deraan daripada mertuanya di Padang Serai.
Bapanya memberitahu media bahawa ibu bapa Mohd Fahmi tidak pernah menyukai Nor Fazira dan hanya mahukan perkahwinan itu berlangsung agar anaknya tidak dilaporkan merogol. – Malaysian Insider