SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.
Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.
Polis Akan Buka Semula Kes Gadis Kahwin Muda | Pihak polis dilaporkan akan membuka semula kertas siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan merupakan salah seorang perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut beliau lagi, gadia remaja itu telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.
Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.
“Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.
“Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis,” kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini.
“Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong,” katanya.
Laporan media mengatakan perkahwinan remaja 19 tahun itu kepada Mohd Fahmi berlangsung pada 17 November 2013, setelah Mahkamah Syariah Kulim memberi kebenaran kerana beliau masih lagi di bawah umur.
Pada mulanya bapanya bersetuju akan perkahwinan itu untuk menutup aib. Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dan dakwaan bahawa Mohd Fahmi dan dua rakannya telah merogolnya empat bulan sebelum berkahwin.
Suspek kedua Mohd Fahmi, telah dibebaskan atas dakwaan pendakwa raya pada masa itu berikut beberapa alasan, menurut Abdul Gani.
Abdul Gani berkata, polis telah menyerahkan fail siasatan di mana hanya terdapat empat penyataan daripada Nor Fazira Saad, ibu saudara kepada mangsa dan doktor yang memeriksa mangsa.
“Saya telah bertemu dengan polis pagi ini dan telah memberikan arahan baru untuk siasatan dan telah memberitahu apa yang saya perlukan. Ini termasuk penyataan lain,” kata Abdul Gani.
“Saya masih belum memberi sebarang kenyataan sebelum ini walaupun dengan publisiti yang diberikan media sosial dan media arus perdana kerana saya mahu menyelidiki fail itu terlebih dahulu dan mahu memahami fakta.”
Apa yang dilaporkan dalam blog dan akhbar-akhbar bukanlah apa yang pendakwa raya akan bawa pada mahkamah, menurut Abdul Gani, itu adalah isi kandungan fail siasatan.
“Saya telah memberikan polis tempoh masa seminggu untuk mendapatkan maklumat tambahan yang saya cari. Kemudian saya akan selidiki pencarian siasatan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Abdul Gani juga mendedahkan bahawa dia telah menambah arahan kepada polis bahawa sebarang tarikh dakwaan rogol harus dirujuk kepada ibu pejabat.
Media melaporkan minggu lepas bapa remaja perempuan itu telah membolehkan anaknya untuk mengahwini Mohd Fahmi oleh kerana bapa remaja lelaki tersebut telah memohon agar dakwaan rogol itu ditarik.
Setelah melawat bapanya lima malam berturu-turut, ibubapa Mohd Fahmi berjaya meyakinkan bapanya untuk menarik balik laporan polis itu dan bersetuju akan perkahwinan anaknya itu.
Tetapi sesudah berkahwin, situasi menjadi lebih teruk lagi apabila perempuan itu menerima deraan daripada mertuanya di Padang Serai.
Bapanya memberitahu media bahawa ibu bapa Mohd Fahmi tidak pernah menyukai Nor Fazira dan hanya mahukan perkahwinan itu berlangsung agar anaknya tidak dilaporkan merogol. – Malaysian Insider