Rabu, 01 Januari 2014

Cuti berakhir tragedi buat sepasang kekasih

0 komentar
Chin Yii bersama teman lelakinya, Chin Shin yang turut maut dalam nahas bas, kelmarin

KUALA LUMPUR -  "Saya tak sangka akan kehilangan adik saya dalam sekelip mata," kata Yun Bao Ing, 28, kakak ipar kepada Kwan Chin Yii, 22, yang terkorban dalam nahas bas henti-henti yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Genting Highlands, kelmarin.

Beliau berkata, adiknya merupakan penuntut jurusan Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kini sedang bercuti semester.

Menurutnya, sebelum kejadian, adiknya pergi ke pusat peranginan terkenal itu untuk menemui teman lelakinya, Sia Chin Shin, 22, yang turut maut dalam kejadian.
Katanya, teman lelaki adiknya bekerja sambilan di sana bagi menghabiskan cuti semester.

Beliau berkata, selepas bertemu Chin Yii, lelaki itu menemani adik saya untuk pulang.

"Tapi saya tak sangka mereka menaiki bas tersebut. Lebih mengejutkan, kedua-duanya maut dalam keadaan yang sangat tragis," katanya menahan sebak.

Bao Ing berkata, adik iparnya seorang yang baik dan kehilangannya sangat dirasai.

Difahamkan kedua-dua mangsa adalah penuntut tahun ketiga di UPM dan berkenalan di sana.

Sehingga setakat jam 12 tengah hari semalam, keluarga Chin Yii difahamkan masih belum tiba dari Segamat, Johor untuk proses pengecaman.
Read more ►

Hina Hukum Hudud NGO Buat Laporan Polis

0 komentar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud.

Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan.

Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

“Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger