Rabu, 01 Januari 2014

Hina Hukum Hudud NGO Buat Laporan Polis

0 komentar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video yang didakwa memperlekeh dan menghina hukum hudud.

Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terlibat dalam mengarah dan menerbit video berkenaan.

Katanya dialog serta lakonan yang dipaparkan dalam klip video berkenaan jelas menghina hukum Islam dan boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

“Saya minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara ini. Perkara ini bukan bermotifkan politik tetapi melibatkan hukum agama Islam,” katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Klip video berdurasi dua minit 20 saat itu dimuat naik di laman You Tube, memaparkan lima individu sedang berbual dan membincangkan perihal hukum hudud. – BERNAMA
Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

Bos Utusan akui laporan memihak aspirasi parti

0 komentar
Malaysiakini
  •  Ogos 13 2012
 
Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah.
Abdul Aziz, 48 berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.

Bagaimanapun, dalam melaporkan mengenai pembangkang, beliau tidak menyifatkannya sebagai laporan seimbang, tetapi memihak kepada aspirasi parti.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?

Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.

Terdahulu, Abdul Aziz mengakui bahawa Utusan sebahagian besarnya dimiliki Umno tetapi mendakwa parti itu tidak masuk campur dalam proses editorial.

Surendran bertanya sekiranya terdapat seorang wakil Umno dalam lembaga pengarah Utusanyang juga merupakan wakil perdana menteri.

Abdul Aziz mengakui dan berkata, individu dari Umno itu merupakan Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin.
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger