Minggu, 02 Maret 2014

Burung Merpati Perkahwinan Jadi Santapan

0 komentar

BAGI sesetengah budaya, burung merpati putih menjadi simbolik kasih sayang dan ketenangan bagi pasangan yang baru berkahwin.

Maka, tidak hairanlah jika anda pernah melihat sesi pelepasan burung ini sewaktu majlis perkahwinan diadakan.

Di China, sepasang pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga telah menggunakan hampir 100 ekor burung merpati sebagai ‘props’ untuk sesi fotografi mereka.

Sesi yang diadakan di Tasik Hefei Swan itu diakhiri dengan acara pelepasan burung-burung tersebut.

Namun, kebebasan yang dinikmati oleh haiwan itu tidak kekal lama apabila orang ramai yang berada di tasik tersebut bertindak menangkap burung-burung tersebut untuk dijadikan santapan mereka.



Pendek kata, mesej ketenangan yang cuba disampaikan akhirnya menjadi mesej makan malam yang enak!

Oleh: ELZA
Read more ►

Senin, 17 Februari 2014

Syamsul Yusof Akan Percepatkan Perkahwinan

0 komentar

Berikutan keadaan ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang dilaporkan menghidap penyakit batu karang, Syamsul Yusof dikatakan berhasrat mahu mempercepatkan perkahwinan dengan wanita pilihannya dalam masa terdekat.

Bercakap kepada portal Ohbulan, Syamsul menyatakan, “saya sedar ayah saya pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga dapatkan cucu untuk dia. Umur saya pun dah nak masuk 29 tahun, jadi rasanya sudah tiba masa untuk fikirkan soal rumah tangga.

“Masa sakit hari itu, dia (Datuk Yusof Haslam) ada juga bagi hint supaya saya cepat kahwin dan dia pun ada cakap, tak kisah siapa sahaja pilihan saya,” katanya.

Pengarah dan pelakon filem KL Gangster 2 itu berhasrat mahu melangkah ke alam perkahwinan selepas tayangan filemnya, namun berkata semuanya masih berada dalam perancangan dan meminta semua pihak agar mendoakan kebahagiaannya.

Untuk makluman, KL Gangster 2 yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Noor bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

Oleh: AUDREY LEE
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

Tangan tersangkut dalam Lubang Jamban kerana Cincin perkahwinan jatuh

0 komentar



Zhang (Foto: Rex)

FUJIAN – Nasib sial dialami seorang lelaki di Bandar Quanzhou, China. Tangannya tersangkut di toilet kita cuba mengambil cincin kawinnya yang terjatuh.
Seperti dilansir Metro, Sabtu (19/10/2013), lelaki yang diketahui bernama Zhang ini terpaksa memanggil memadam kebakaran untuk mendapatkan bantuan. Petugas pun berjaya melepaskan tangan Zhang dari tandas.
Kejadian hilangnya cincin kawin Zhang bermula ketika dirinya melepaskan cincinnya untuk mandi. Namun, belum lama berselang cincin tersebut hilang dan dia berusaha mencarinya.
Zhang sempat dibantu temannya saat tangannya tersepit. Usaha mereka tidak berhasil sehingga mereka pun memanggil petugas pemadam kebakaran.
Walaupun berjaya menyelamatkan tangannya, Zhang tetap kehilangan cincin kawinnya. Dia pun bimbang akan dimarahi oleh isterinya.

Sumber okezone.com
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger