Minggu, 02 Maret 2014

Burung Merpati Perkahwinan Jadi Santapan

0 komentar

BAGI sesetengah budaya, burung merpati putih menjadi simbolik kasih sayang dan ketenangan bagi pasangan yang baru berkahwin.

Maka, tidak hairanlah jika anda pernah melihat sesi pelepasan burung ini sewaktu majlis perkahwinan diadakan.

Di China, sepasang pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga telah menggunakan hampir 100 ekor burung merpati sebagai ‘props’ untuk sesi fotografi mereka.

Sesi yang diadakan di Tasik Hefei Swan itu diakhiri dengan acara pelepasan burung-burung tersebut.

Namun, kebebasan yang dinikmati oleh haiwan itu tidak kekal lama apabila orang ramai yang berada di tasik tersebut bertindak menangkap burung-burung tersebut untuk dijadikan santapan mereka.



Pendek kata, mesej ketenangan yang cuba disampaikan akhirnya menjadi mesej makan malam yang enak!

Oleh: ELZA
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Wanita India Jadi Ibu Tertua di Dunia

0 komentar
 
22 Jul 2013

Usia di atas 35 tahun saja sudah rawan untuk hamil dan melahirkan, namun wanita asal India ini hamil dan melahirkan di usia menginjak 70 tahun. Rajo Devi Lohan, hamil dan melahirkan puteri cantiknya Naveen saat usia 69 tahun. Usia yang sudah tua dan sangat rawan untuk hamil dan melahirkan. Devi melahirkan melalui program IVF yang terbilang kontroversial, bahkan hampir meninggal dunia kerana komplikasi usai melahirkan anaknya, Naveen.

Naveen adalah anak pertama Devi. Devi kesulitan memiliki anak sehingga dirinya memutuskan untuk menggunakan teknologi IVF. IVF adalah proses reproduksi dengan bantuan teknologi yang melibatkan pembuahan sel telur di luar tubuh manusia. Ketika Devi memutuskan untuk hamil Naveen, hampir semua kerabat dan doktor menentangnya. Namun kegigihannya untuk memiliki anak  tidak terpatahkan.
Naveen mencium Ibundanya | (c) dailymail 
Naveen mencium Ibundanya | (c) dailymail
Lima tahun setelah dia melahirkan, wanita 74 tahun itu menyatakan kelahiran Naveen justru membuat dia kuat dan membantu hidupnya bertahan lebih lama. Devi masih sihat bahkan boleh mengurus Naveen sendiri tanpa bantuan orang lain. "Satu-satunya alasan saya masih hidup terlepas dari penyakit saya adalah Naveen. Dia adalah hadiah dari Tuhan buat saya, dan sampai dia menikah saya tidak boleh meninggal," ujar Devi dengan mata berkaca-kaca.

Devi memang telah mempertaruhkan segalanya demi memiliki anak. Suami Devi menikah lagi agar memiliki anak. Walau mereka tinggal bersama dengan rukun namun jauh di lubuk hati Devi, dirinya ingin memberikan anak untuk suami tercintanya. Di saat hari kelahiran Naveen, ramai orang mempertanyakan apakah secara moral tepat bagi seorang pesara memiliki anak lantaran proses itu sangat merugikan kesihatannya. Devi tetap saja bekerja dan merawat Naveen seorang diri. Hal inilah yang sempat membuat kondisi Devi sakit parah bahkan hampir meninggal dunia.
Potret Devi dan Naveen | (c) dailymail 
Potret Devi dan Naveen | (c) dailymail
Kini di usianya yang sudah 3/4 abad, Devi sedar bahawa dirinya sudah dekat dengan kematian. Devi sudah siap dan berkata bahawa Naveen tidak akan menderita walau dirinya pergi. "Naveen tidak perlu khuatir akan masa depannya. Dia memiliki ibu lain, Umi, paman, kerabat dan bapaknya yang akan merawat dia," ucapnya, dikutip dari merdeka.com. Kini gadis lucu itu sudah bersekolah dan bangga bahawa ibunya sudah berjuang keras demi memilikinya. Cinta seorang ibu memang kekuatan terbesar dalam hidup manusia, ladies.
sumber: Vemale.com
Read more ►

Senin, 23 Desember 2013

Foto Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim

0 komentar

Hubungan mesra yang terjalin di antara aktres comel Nora Danish dan anak Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Nedim Nazri kini bukan lagi menjadi rahsia.

Jika anda mengikuti perkembangan Instagram Nora, setiap hari pasti sahaja ada gambar pelakon tersebut bersama jejaka itu.

Terbaru, Nora dilihat bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran kedua anak Nedim iaitu Nedrin Nazri Aziz.

Bertemakan merah dan putih, banyak juga selebriti yang dilihat hadir pada majlis tersebut.

Antaranya rakan baik Nora, Betty Rahmad, Zareema Zainal dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang dikatakan kini sedang menyulam cinta dengan Zareema.

Selain itu, anak Nora, Putra Rayqal turut kelihatan bersama-sama ibu dan kakak kepada pelakon comel itu.

Melihat daripada gambar-gambar ini, dapat dilihat kemesraan yang terjalin di antara Nora dan Nedim terhadap anak masing-masing.

Pastinya peminat setia Nora tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka itu naik pelamin lagi selepas kehancuran rumah tangganya sebelum ini.

Buat Nedim dan Nora, apa tunggu lagi, kalau dah berkenan kan.

Tak gitu?







Oleh: AUDREY LEE



Kredit Foto: Instagram Nora Danish
Read more ►

Kamis, 19 Desember 2013

Presiden PAS ulangi rela jadi khadam rakyat

0 komentar

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 09 Apr 2013

(Ustaz Hadi ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas bicara Sinar semalam)

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang mengulangi pendirian beliau yang rela menjadi khadam rakyat dan bersedia menjadi nelayan asalkan kebajikan rakyat terus terbela di bawah Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan ketika sidang media sejurus selesai program Bicara Minda, Negara Berkebajikan: Persepsi atau Realiti anjuran akhbar Sinar Harian semalam.

"Saya rela menjadi khadam kepada rakyat, bersedia untuk balik kampung menjadi nelayan asalkan rakyat terbela kebajikannya di bawah Pakatan Rakyat.

"Siapa juga calon itu bukan perkara besar tetapi ia mestilah beragama Islam dan mengikut perlembagaan persekutuan serta mendapat mandat rakyat," kata beliau.

Hadi yang turut memberitahu beliau tidak boleh mendahului adat selagi hak belum ditentukan oleh kuasa rakyat untuk memilih.

"Isu saya sebagai Perdana Menteri itu tidak perlu ditimbulkan, saya tidak boleh mendahului adat.

"Kita ada rakyat, kita ada perlembagaan dan kita ada Yang Di Pertuan Agong, biarlah kesemuanya menentukan siapa calon Perdana Menteri yang penting kuasa rakyat memilih kita terlebih dahulu," jelasnya.

Beliau yang juga turut menyatakan PAS akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihanraya nanti, namun kawasan dan calon belum diputuskan lagi.

Menurut beliau lagi, perkara itu tidak timbul apa-apa masalah kerana DAP boleh melekatkan calon Melayu begitu juga PKR, dan PAS turut boleh melaksanakannya, ia bukan perkara yang perlu dipersoalkan oleh Umno-Barisan Nasional.
Read more ►
 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger