Senin, 17 Februari 2014

Syamsul Yusof Akan Percepatkan Perkahwinan


Berikutan keadaan ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang dilaporkan menghidap penyakit batu karang, Syamsul Yusof dikatakan berhasrat mahu mempercepatkan perkahwinan dengan wanita pilihannya dalam masa terdekat.

Bercakap kepada portal Ohbulan, Syamsul menyatakan, “saya sedar ayah saya pun dah semakin tua, kalau boleh nak juga dapatkan cucu untuk dia. Umur saya pun dah nak masuk 29 tahun, jadi rasanya sudah tiba masa untuk fikirkan soal rumah tangga.

“Masa sakit hari itu, dia (Datuk Yusof Haslam) ada juga bagi hint supaya saya cepat kahwin dan dia pun ada cakap, tak kisah siapa sahaja pilihan saya,” katanya.

Pengarah dan pelakon filem KL Gangster 2 itu berhasrat mahu melangkah ke alam perkahwinan selepas tayangan filemnya, namun berkata semuanya masih berada dalam perancangan dan meminta semua pihak agar mendoakan kebahagiaannya.

Untuk makluman, KL Gangster 2 yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Noor bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

Oleh: AUDREY LEE


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger