Senin, 03 Februari 2014

Pemilihan Dewan Muslimat 638 Perwakilan Mengundi


SHAH ALAM – Seramai 638 perwakilan Muslimat PAS mula mengundi kira-kira 11.30 pagi ini bagi memilih Jawatankuasa Dewan Muslimat parti itu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Pada pemilihan kali ini, seramai 31 calon bertanding bagi merebut jawatan yang dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Ketua Dewan Muslimat, Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa (12 kerusi).

Perebutan kerusi Ketua Dewan Muslimat menyaksikan pertembungan semula antara penyandang Siti Zailah Mohd Yusof dan Nuridah Salleh.

Nuridah pernah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.

Jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar.

Keputusan pemilihan Dewan Muslimat dijangka diketahui seawal 5 petang ini. – BERNAMA


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger