Selasa, 11 Februari 2014

Kit Siang yakin RoS akan batalkan pendaftaran DAP

Oleh Diyana Ibrahim
July 26, 2013

Lim Kit Siang (gambar) menjangkakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

"Ia merupakan satu tindakan yang sama sekali tidak betul, tidak adil dan tidak profesional malah secara tidak langsung mencalarkan intergriti badan tersebut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

 Lim turut mempersoalkan bagaimana Abdul Rahman boleh memberi komen begitu sedangkan belum ada kesahihan yang dibuat mengenai isu pemilihan itu.
“Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dari akhbar milik MCA The Star.

Abdul Rahman dalam laporan itu diminta mengulas mengenai usaha anggota DAP untuk membentuk parti parti sekiranya pembatalan parti tersebut tidak dapat dielakkan.
"Bukankah ia menunjukkan Dia (Abdul Rahman) lebih percaya pada propaganda Umno / BN atau pengikut mereka seolah apa yang dikatakan mereka merupakan satu fakta betul walhal ia tidak berasas sama sekali,” soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti itu pada Disember lalu.

Tegasnya, DAP tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak yang didapati cuba mencalarkan nama baik parti tersebut.
Abdul Rahman dalam laporan itu memberi peringatan kepada anggota DAP supaya tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan itu bertindak membatalkan pendaftaran parti baru.
Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru. – 26 Julai, 2013.TMI


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger