Rabu, 18 Desember 2013

NTV7 Larang Ras Adiba Bersiaran

Salam semua,

KUALA LUMPUR – Ras Adiba Radzi telah mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya bagi tujuan amal, namun tindakannya itu telah menyebabkan dia digantung dari muncul di kaca televisyen.Ras Adiba yang bekerja sambilan di stesen televisyen NTV7 telah mengambil keputusan untuk memotong rambutnya pada Jumaat lalu bagi tujuan menyokong

Kempen Jom Botak anjuran Majlis Kanser Negara (MAKNA).Bagaimanapun, pihak pengurusan NTV7 memandang berat isu tersebut lalu membuat keputusan untuk tidak membenarkan Ras Adiba bersiaran hingga rambutnya tumbuh kembali ke ukuran yang bersesuaian, memetik kenyataan sumber kepada The Star.

Sebelum itu, pihak pengurusan stesen televisyen berkenaan telah memberitahu dia berkenaan tindakan terhadap dirinya jika membotakkan kepala.“Kami tidak boleh membenarkan seseorang yang botak untuk bersiaran, terutama untuk laporan berita dan pemberitanya adalah wanita.“Ras mencadangkan untuk menggunakan rambut palsu, tetapi ia akan nampak pelik jika dia berambut palsu di kaca televisyen dan botak apabila berhadapan umum,” kata sumber kepada akhbar The Star.

Pada masa yang sama, Ras Adiba juga telah menerima beberapa panggilan dari orang yang tidak dikenali yang mengecam tindakannya apabila ia jelas bertentangan dengan fatwa.“Ada pemanggil yang mendakwa dari majlis agama. Saya bertanggung jawab kepada Tuhan. Islam adalah cara hidup saya dan kita digalakkan untuk sentiasa membantu sesama manusia.“Saya Islam, menunaikan solat fardhu lima kali sehari dan saya sayangkan agama saya,” kata Ras Adiba kepada The Star.

Ras Adiba yang bekerja dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan yang dia tiada sebarang isu mahupun masalah dengan penampilan barunya.**Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu.

Sumber: The Malaysian Insider




0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger