Sabtu, 16 Agustus 2014

Wanita Guna Talian 911 Cari Calon Suami

Wanita Guna Talian 911 Cari Calon Suami


Wanita Guna Talian 911 Cari Calon Suami - ALLIANCE : Seorang wanita Ohio berusia 57 tahun terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga hari selepas didakwa menyalahgunakan talian kecemasan 911 semata-mata hanya untuk mencari calon suami.
Audrey Scott dari Alliance, Ohio dikatakan menghubungi talian berkenaan lima kali sehingga memaksa pegawai yang bertugas memberi amaran beliau boleh ditahan kerana menyalahguna talian 911.
Scott didapati bersalah kerana melakukan perbuatan itu minggu lalu dan dikenakan hukuman penjara tiga hari.
Beliau mungkin dikenakan hukuman selama seminggu sekiranya didapati mengulangi kesalahan itu dalam tempoh setahun. – Agensi


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger