Senin, 11 Agustus 2014

Dentuman Dalam Gelap


Dentuman Dalam Gelap
Dentuman Dalam Gelap - Alor Gajah : “Saya dibantu beberapa pelanggan lain membantu mengangkat mangsa yang terperosok di dalam longkang dan melihat beberapa jarinya turut bergerak laju seperti memberi satu isyarat.
“Tidak lama selepas dibawa ke tebing, mangsa didapati kaku dan kami segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Zaki Sazali, 21, saksi kemalangan maut membabitkan seorang penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, malam kelmarin.
Selain mengorbankan nyawa Aidil Tarmizzi Bahrin, 19, kejadian jam 10.40 malam itu menyebabkan rakan sekuliahnya, Muhammad Hatta Hasan, 21, cedera selepas motosikal Suzuki RG dinaiki hilang kawalan lalu terbabas.
Difahamkan, setibanya di selekoh di kawasan itu, motosikal ditunggang mangsa terhumban ke longkang dan mengakibatkan kedua-dua mereka tercampak.
Aidil yang berasal dari Cheras dipercayai terbunuh di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala. – Metro


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger