Senin, 10 Maret 2014

Tiga Maut Depot Minyak Terbakar


Tiga Maut Depot Minyak Terbakar
Tiga Maut Depot Minyak Terbakar - NEW DELHI : Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan maut dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah depot minyak di Hazira, Gujarat semalam, kata polis.
Kira-kira 100 anggota bomba cuba memadamkan api yang bermula di dalam tangki simpanan petrol di depot milik Perbadanan Minyak India di daerah Surat pada petang Sabtu lalu.
“Setakat ini, tiga mayat tidak dikenali kemungkinan pekerja kontrak ditemui berhampiran tangki tersebut,” kata ketua polis tempatan, SM Patel ketika dihubungi.
“Api berjaya dikawal daripada merebak ke lapan lagi tangki yang mengandungi simpanan petrol dan diesel,” katanya.
Punca kebakaran belum diketahui.
Kebakaran itu masih lagi berlaku pada malam semalam dengan anggota-anggota bomba berusaha untuk memadamkan api yang marak.
Ia merupakan kejadian kebakaran kedua sejak tahun 2009 yang sebelum ini mengorbankan 12 nyawa. – Agensi


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger