Minggu, 09 Maret 2014

Bagaimana seorang lelaki menguji seorang perempuan

Salam semua,





1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah

Reaksi Ente: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Ente gagal.

Reaksi Ente: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Ente lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi Ente: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi Ente: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada Ente bekas teman wanitanya

Reaksi Ente: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi Ente: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan Ente
Reaksi Ente: Marah dan mengatakan bahawa Ente tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi Ente: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan Ente dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta Ente terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi Ente: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi Ente: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah Ente masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi Ente: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi Ente: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan Ente dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi Ente: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi Ente: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda Ente

Reaksi Ente: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi Ente: Menolak godaan temannya dan mengatakan Ente tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

sumber




0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Bacaan Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger